Wednesday 9 May 2012

AYAH, walaupun kau x pamerkan KASIH SAYANG. 
tapi, ku merasa begitu indah kehadiranmu

 

"Ayah...ayah...mana ibu??mana ibu????" jerit Siti seorang kanak-kanak berusia 6 tahun kepada ayahnya...
"Siti....Khairul....Nur....Jom ikut ayah pergi jalan-jalan...kita beli mainan baru nak??"
Seorang ayah memanggil ketiga-tiga anak2nya yang masih kecil dengan nada yang riang...
"Yeahhhh...ayah nak belikan kita mainan..kiter dapat mainan baru..sy nak keta mainan tau ayahhh"...jerit Khairul ank sulung daripada 3beradik itu yang baru berusia 7 tahun...
Mereka anak beranak pun pergi ke bandar menaiki bas...

Sampai sahaja bas yang ingin dinaiki, ketiga-tiga anak kecil itu terus berlari menaiki bas dengan hati yang sangat riang...
"Yeahhh...yeahhhh...bas dah sampaiii...bas dah sampai"...jerit Khairul dengan keseronokan...

Suasana di dalam bas tersebut agak panas memandangan bas tersebut tiada penghawa dingin...
Keadaan penumpang pula yang agak ramai memenuhi tempat duduk membuat si ayah dan anak-anak kecilnya hanya mampu berdiri...
"Nak...pegang besi ni kuat-kuat tau"....Pesan si ayah pada anak-anaknya yang ketika itu sangat seronok berada dalam bas tersebut...

Tanpa menghiraukan kata-kata ayahnya untuk berpaut pada besi pemegang...Siti dan Khairul terus berlari-lari di dalam bas....mereka berkejaran hingga menggangu penumpang yang lain...
Ditariknya surat khabar yang sedang dibaca....memanjat kerusi yang diduduki penumpang lain....
Siti dan Khairul terus bergembira tanpa menghirau keadaan kurang senang oleh penumpang lain dalam bas itu...

Penumpang-penumpang dalam bas tersebut mula berasa kurang senang melihat gelagat anak-anak kecil itu yang menggangu keselesaan mereka...

"Hissshhhhhh....nak kena budak-budak nehh...dah la bas ni panas,boleh plak berlari panjat sana sini..yang ayahnya plak,boleh tersenyum jer melihat anak2nya menggangu orang lain...ingat dia sorang jer bayar tiket bas"....Kata salah seorang penumpang yang tidak selesa dengan keadaan tersebut...

Walaupun begitu,si ayah..cuma tersenyum...hanya membiarkan anak-anaknya berseronok tanpa melarang walaupun sepatah kata...
Tiba-tiba salah seorang penumpang bangun dan menegur si ayah..."En. kenapa biarkan anak-anak En. menggangu penumpang lain?"dengan nada marah....
Si ayah menjawap dengan tenang "biarlah mereka gembira seketika..........
Saya tidak mahu mereka merasa sedih dan kehilangan...sebenarnya dah 3 bulan mereka tidak berjumpa dengan ibu mereka kerana tidak dibenarkan oleh Doktor..Ibu mereka menghidap penyakit kanser....
Pagi tadi saya mendapat panggilan telefon dari hospital yang mengatakan isteri saya iaitu ibu kepada anak-anak kecil ini telah meninggal dunia.....
saya belum ceritakan kepada mereka yang ibu mereka telah pergi selama-lamanya...saya tak sanggup...
dan...... hari ni adalah kali terakhir mereka menatap dan memegang tubuh ibu mereka.....selepas ini mereka tiada lagi kasih sayang seorang ibu...tiada lagi belaian seorang ibu...meninggalkan mereka yang masih kecil selamanya tanpa sebarang pesan...tanpa sedakap pelukan...tanpa ciuman seorang ibu kepada anknya.......
saya naik bas bersama anak2 saya ni pun untuk membawa mereka menemui ibu mereka buat kali terakhir dalam hidup mereka"....
Mendengarkan jawapan sedih si ayah,penumpang yang bertanyaan dan semua penumpang membiarkan sahaja gelagat ank kecil itu bermain...bergembira...

*Ayah walaupun kelihatan garang,sebenar dia cuba menggembirakan hati setiap anak-anaknya...kadang-kadang,ayah tidak pandai mempamirkan kasih sayangnya...ketahuilah...ayah mana tak sayangkan anak-anaknya

No comments:

Post a Comment